Saturday, 18 January 2014

MEMASAK DAN DIMASAK




TU DIAAAAAAA..... huhu.... banyakkan makanan.. ini lah lauk orang kampung.. rugila orang bandor xmakan kan..... orang bandor makan cheese n whatsoever... saya orang kampung je, saya suka makan pizza, bbq,... Ape??? Sambal belacan? Sorry xlayan.. hahahaha...

Ups.. sila abaikan statement di atas, rugi la kalau xmakan sambal belacan... sedap baq hang.... =) Nampak x masak lemak cili padi, masak asam n ade macam2 lagi yang best.... nampak x... (sambil menulis, sambil terliur.. lapar la pulak rasanya) hehe.. 

Kat sini sapa suka makan asam pedas dan masak lemak cili padi.. kat sini farah nak share dengan korang resepinya...peace...
Bahan-Bahan

  • 1 kg nangka muda,bersihkan, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
    • 3 cwn santan cair
    • 1 cwn santan pekat
    • 2 btng serai-dititik
    • 1 helai daun kunyit-disiat
    • Garam secukup rasa
    • sedikit gula
    • 1 keping asam gelugor
    • Air secukupnya utk merebus nangka
    Bahan Kisar
    • 1/2 cwn ikan bilis, buang kotoran dan cuci
    • 1 labu bawang besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci kunyit hidup
    • 10 tangkai cili padi
    • 1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus
    Cara Memasak
    1. Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.
    2. Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
    3. Sementara itu masukkan bahan2 kisar kedlm periuk. Masukkan 1 cwn air dan biarkan mendidih. Masukkan santan cair dan masukkan nangka yg telah direbus tadi.
    4. Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata.
    5. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
    6. Rasakan, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.
    7. Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.
    credit to : http://yatiememories.blogspot.com/2012/12/nangka-masak-lemak-cili-api.html
    RESEPI ASAM PEDAS
    ikan pari (atau apa-apa ikan lain)
    4-5 biji bawang merah
    3 biji bawang putih
    seinci kunyit hidup
    cili kering blend (2 senduk besar)
    2 batang serai (ketuk)
    asam jawa
    bendi
    daun kesom

    CARA-CARA
    Memula tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup.. panaskan minyak yang agak banyak dan tumis bahan tumbuk tadi.. macam aku lagi senang.. blend cili kering tu, campak sekali semua.. tak yah tumbuk..hihi.. masukkan serai sekali...masukkan tumis sampai cili tu cantik dan masak... pastu masuk air asam jawa dan daun kesum.. masuk ikan pari tu.. kalau kuah pekat sangat boleh tambah air.. masuk garam sikit.. sapa nak ajinomoto pon boleh lah letak sikit.. bila dah nak masak tu.. masukkan bendi... biarkan kejap.. ok siap, boleh tutup api... 

    Senang kan? Ok selamat mencuba ;)
    credit to: http://kasihaleeya.blogspot.com/2013/05/resepi-asam-pedas-ikan-pari.html

    No comments:

    Post a Comment